KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. wanita saksinya kurang berbanding lelaki. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. wanita wajib taat kpd suaminya.


1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan WALLAHUA'LAM

Ramadhan dan cubaan

Alhamdulillah syukur! Pejam celik- pejam celik dah seminggu kita berpuasa..Hehehe itu bagi yang berpuasa dari hari pertama. Bagi aku hari ini baru hari kedua aku berpuasa..haaaa jangan salam faham ye perempuan kan Allah bagi kelebihan sikit ( hari-hari dalam sebulan tu ;) ) tapi aku tak ambil kesempatan tau!!

Ramadhan Al-mubarak bagi aku tahun ini berbeza sekali kerana aku melalui satu pengalaman baru yang amat berbeza. Tahun-tahun yang sebelumnya tidak sesibuk tahun ni. Tahun ni berbeza sebab aku harus melalui hari-hari latihan PRAMLEE THE MUSICAL walaupun berpuasa. Menari macam biasa dan berlakon, menyanyi macam biasa. Memang tercabar..sebab tak biasa. Ye lah! Siapa yang pernah tengok PGL the musical pasti dapat mengagak koreografi yang Pat Ibrahim bagi pada kami. Haaa jangan tak tahu!! Kami menahan penat, lapar dan dahaga! Bukan bersungut tapi rasa bersyukur kerana kami mampu bertahan bersama-sama demi menjayakan matlamat kami yang satu, PRAMLEE THE MUSICAL..

Hmmm......sebenarnya banyak dah dugaan yang Allah bagi kepada kami..buat yang lain kuatkan semangat & bersabar ye!...pesanan ini untuk aku jugak sebab aku dah tak mampu bertahan meneruskan perjuangan ini sebab terpaksa berhadapan dengan sekelompok manusia yang suka berpura-pura. TAK BAIK TAU!! Berdosa tau kalu suka menyusahkan dan menyukarkan hidup orang lain. KUASA dan HARTA yang ada itu pinjaman di dunia jadi gunalah sebaik-baiknya. Tidak mengapa aku menerimanya dengan hati yang terbuka aku redha...aku percaya DIA sayangkan kami dan aku percaya keajaiban boleh berlaku lagi!!

A GOOD START

Hari ini akan menjadi satu permulaan yang baik buat aku, insyaAllah!! Aku mahu zeqhty yang dulu kembali bertapak, tegak berdiri dan menempis semua anasir negatif yang menganggu! Walaupun sukar, aku rasa aku perlu sedar ruang dan menerima kenyataan yang bukan mudah untuk aku menjadi seperti yang aku mahu. Aku tahu bidang ini banyak cabaran dan aku harus bersusah payah untuk sampai ke tahap ini!!

Setelah sekian lama aku tidak ke Istana Budaya sejak kali terakhir membuat pementasan Puteri Gunung Ledang The musical, tapi hari ini sekali lagi aku akan menjejakkan kaki ke sana bagi persediaan menuju hari pementasan PRAMLEE the musical!! Buat semua kengkawans, bersiap sedia! Perjuangan sebenar baru nak bermula. Masa inilah tekanan sebenar akan terasa sebab semua orang akan mula tertekan dan pasti bahang pementasan terasa dekat sangat. Jangan binbang dan jangan risau. Kita perlu bersatu dan campak jauh-jauh rasa tercabar, rasa untuk menunjuk-nunjuk. PGLM dulu menjadi satu fenomena kerana kami bersatu sebagai sebuah keluarga yang begitu utuh sehinggakan tidak dapat dileraikan sehingga ke hari ini. Pada ketika itu, kami tidak mengira status dan latar belakang. Paling penting , kami ada satu motif dan tujuan, MENJAYAKAN PEMENTASAN. Untuk muzikal kali ini, kita juga akan bersatu!! GO GO CHAIYO!!! Tak sabar plak rasa nak mementaskan muzikal ini. Best!!!

Buat semua peminat muzikal PGL, nanti-nantikan kedatangan Muzikal baru ini. InsyaAllah !!

Kucar kacir

Melodi yang indah pasti enak didengar sehingga bisa membuat setiap individu menari...tapi pada aku setiap melodi itu hanyalah melodi, yang tidak mampu memberi pengambaraan rasa yang dikehendaki kerana hatiku mati. Aku semakin hari semakin ke belakang dan semakin jauh serta kuat ingin menjauhkan diri dari setiap individu yang rapat denganku. Sukar untuk aku gambarkan perasaan sedih dan kecewaku ini kerana terlalu lama aku memendam rasa ini, rasa yang begitu negatif. Ya Allah, tolonglah! berikan aku kekuatan untuk aku terus habiskan apa yang telah aku mulakankan.

Setiap hari aku merasa kosong dan tidak dapat memberi sepenuhnya kerana aku rasa muak dengan semuanya, terutama sikap sesetengah manusia yang mana mempunyai satu sikap yang sangat aku benci. Satu sikap di mana bila seseorang individu itu sudah tidak ada gunanya, dia tidak dipedulikan atau dicampak sejauh mungkin. Ya! aku akui. Tidak semua perkara itu dapat memuaskan hati kita. Tapi apakah maksudnya jika sehingga satu tahap aku terasa seperti dihina kerana kekurangan aku dan statusku.

Hanya Allah yang lebih mengetahui, betapa aku memerlukan bimbingan dan kasih sayang. Aku tersepit di antara dua perkara yang utama.Setiap hari jiwaku berteriakan. Mahukan kebebasan, tapi tak berdaya kerana setiap yang berlaku adalah kehendakNYA.

Pernah tak terfikir yang wang bukanlah segala-galanya? Sampai bila harus aku menunggu? Aku bukan memaksa!! Cuma aku merasakan yang ini adalah masanya!!!! Ini masanya..............