Amalan buat ibu bapa

Bagaimana nak menangani anak yang degil? Tips ini juga boleh dibuat kepada suami atau Isteri yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik...

1. Semasa anak kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.



**Di petik dari Facebook TIPS UNTUK PAPA & MAMA**

Terkilan

"Biasalah..simptom orang mengandung. Takpe lah..tak ada apa-apa" katanya dengan muka yang bengang. "Sorry kalau ty ada buat salah" kata aku...dia terus menggelengkan kepala dan aku pun berlalu pergi. Tahukah engkau betapa deritanya aku ketika mengandung? Tahukah kau betapa deritanya aku untuk menanggung perubahan yang bakal dihadapi oleh tubuhku? Tahukah kau betapa deritanya aku menanggung sakitnya? Kalau mampu aku pindahkan kesemua rasa itu kepadamu, mungkin pada saat itu baru kau akan sedar betapa tersinggungnya aku pabila kau mengatakan yang "Biasalah..simptom orang mengandung"!
Mana mungkin aku menjadi begitu pentingkan diri? Aku tahu kau penat. Tidak pernah sekalipun aku menafikannya. Tapi yang aku minta kau faham keadaanku pada ketika ini yang sangat lemah dan amat memerlukan perhatianmu. Maafkan aku andai aku tertinggi suara menyinggung perasaanmu. Tetapi aku memanggilmu sebentar tadi & aku juga cuba menyatakan bahaya yang bakal dihadapi jika kita tidak berhati-hati. Tetapi sehingga kini, kau masih dengan sikap selambamu dan seolah-olah mengambil mudah hampir setiap perkara. Salahkah apa yang aku katakan? Tetapi itulah yang digambarkan olehmu melalui bahasa badanmu. Terpulang. Aku redha dan memang aku marah..tapi tidak mengapalah. Lega rasanya setelah menangis dan meluahkan rasa sakit hati dan resah yang aku rasai sebentar tadi...

Kesian

Aku percaya nukilan pena yang menari itu lebih tajam dari sebilah pisau mahupun kata-kata seorang manusia. Tarian pena lebih indah, tersusun, tepat dan membunuh. Kesian bagi kita yang tidak pernah sedar, sering alpa akan kelemahan diri kita dan seringkali menunding jari mencari kesalahan orang lain, tetapi kesalahan diri kita seringkali  diendahkan oleh mereka yang kita klasifikasikan sebagai "PUAK", "KAUM", "GENG" dan sebagainya. Kenapa? kerana demi menjaga hati ; silaturrahim . Apa salah mereka sehingga kamu merasa begitu sakit dimata dan dihati? Apa salah mereka sehingga kamu sanggup untuk menjadi batu api yang panas membara? Apa salah mereka hingga kamu sanggup untuk menabur pasir di dalam periuk nasi mereka? Kesian...sungguh kesian. Aku bersimpati kepada kamu wahai manusia.

Memang benar kamu tidak sedar atau sengaja tidak mengendahkan. Yang nyata kedudukan kamu itu. Rapuhkan? Nak jatuh? Percayalah kamu tidak akan disambut kerana sesama kamu itu sendiri ada virus yang sedikit demi sedikit memakan diri kamu dan sesama kamu yang akhirnya akan membawa kepada kesudahan yang trajik. Kesian, kamu sebenarnya sentiasa dikutuki oleh kamu sendiri yang kamu sangka "kamu" itu teman-teman kamu. Kesian.

Sampai bila.............

Semalam aku susah nak lelapkan mata. Selesai je bercakap dengan beliau yang aku anggap cukup mengenaliku akan membawa kepada perbincangan dan penyelesaian yang baik. Tetapi aku silap, sampai sekarang aku masih dianggap asing dan pendapat aku dianggap tidak boleh diguna pakai. Lebih tepat kalau aku ni dianggap sebagai tak berapa pandai sebab kononnya aku ni tak pandai sekolah. Hello!! cakap tu tolong pandang-pandang sikit. Susah payah aku menghabiskan masa aku selama 3 tahun diuniversiti untuk mendapatkan ilmu yang aku anggap sama pentingnya dengan ilmu lain. Apa cikai sangat ke kalau aku ni menuntut ilmu seni persembahan? Hanya individu yang bawak balik banyak A atau yang belajar kursus lain seperti engineering, law, business dan sebagainye je yang bijak dan dianggap layak untuk memberi pendapat. Argh! Typical Malaysian!!



Aku tak kisah sangat sebab beliau sudah lama kehilangan aku secara rohaninya tetapi secara zahirnya aku sekadar menjaga hati dan menjalankan tanggungjawab aku selagi mampu. Aku ni, secara jujurnya meluat dengan sikap beliau yang tidak mahu mendengar kata dan sentiasa mahu menang. Aku tahu beliau banyak menipu aku dari segala hal termasuklah soal kewangan. Kalau hal orang beliau sibuk nak tahu tapi kalau pasal sendiri nak sorok selagi mampu. Tidak mengapa. Tuhan tu Maha Kaya, Maha Agung dan Maha mengetahui segala tindak tanduk hamba-hambanya. Lambat laun akan terbongkar jua. Sampai ke hari ini, daripada apa yang dapat aku lihat, semua yang dilakukan seolah-olah menitik beratkan soal orang lain tetapi pada hakikatnya beliau hanya mementingkan diri sendiri. Ada kalanya aku rasa seperti mahu menghilangkan diri dan bawa haluan aku sendiri. Tetapi aku batalkan hasratku kerna aku tahu masih ada yang kisah pasal aku, sayangkan aku. Tetapi beliau kena ingat beliau banyak berdosa dengan aku dan yang lainnya kerana amanah tidak dipikul dengan sempurna. Aku sedar, aku juga berdosa dan banyak membuat silap tetapi aku tidak pernah cuba untuk memanipulasi mana-mana pihak untuk kepentingan aku sendiri. Aku tahu beliau cuba untuk memanipulasi aku tetapi tak boleh sebab aku cukup bijak dan dapat membaca cubaan beliau itu. Aku cuma mahu bebas. Tidak mahu dikonkong. Aku punya pendapat dan prinsip aku sendiri. Biarlah setiap keputusanku itu ada silapnya sebab itu warna cerita kehidupan aku. Aku sudah cukup dewasa untuk menentukan apa yang terbaik untuk diriku. Bagilah peluang untuk aku memilih jalan hidup aku. Tolonglah....



Tolonglah.....gembirakan aku selagi hayatku masih ada. Kerana lukaku ini sudah bernanah dan agak sukar untuk aku melupakan apa yang pernah engkau ucapkan, tindakan yang pernah engkau lakukan.


Broadway Parodies lagi Lah! sudah 6 hari berlalu di Pentas 1 kLPAC Kuala Lumpur. Walaupun pementasan ini berlangsung di dalam bulan Ramadhan, alhamdulillah sambutan tiada kurangnya.
Jadi, pada yang masih belum menonton segeralah mendapatkan tiket anda kerana kami tinggal 4 show saja lagi di Kuala Lumpur sebelum melabuhkan tirai iaitu pada 25 sep / khamis (8.30pm), 26 sep/ jumaat (8.30pm), 27 sep / sabtu ( 8.30pm) dan 28 sep / ahad (3.00pm). Bagi yang belum tahu, pementasan ini juga akan tour ke Ipoh, Pulau Pinang, JB dan Kota Kinabalu. Jadi jika ingin mendapatkan tiket untuk KK minta kengkawan hubungi President of the Lions Club, Dr. Kheng Kien Soo @ Klinik Dr. Kheng, Lot 12, Block C, Ground Floor, Damai Plaza Phase III, Luyang, 88300 Kota Kinabalu. Tel: 088-267000 or 012-8282002 dan untuk tiket di negeri lain, sila hubungi the Actors Studio of KLPAC untuk informasi selanjutnya.
Pastu, kat bawah ni ada link review pementasan Broadway Parodies lagi Lah! Saja nak share ngan korang ;)

http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/9/23/soundnstage/2074542&sec=soundnstage

RINDU

Hari ini tetiba terjentik dalam hati aku yang aku rasa rindu. Rindu yang teramat sangat pada hampir segalanya dalam hidup aku. Manusia memang begitukan? Bila terpampang di depan mata, buat tak tahu. Bila dah tak ada, baru terhegeh-hegeh mencari.

Rindu perlu bertempat ke? Tak boleh ke rindu selalu? Tapi tak salahkan kalau rindu selalu? Bukan jenayah pun cuma suatu rasa. Anugerah yang halus, indah dan istimewa.

Tetapi memang sungguh aku rindu. Terkilan pun ada jugak sebab dah tak sempat. Aku diberi pilihan tapi pilihan tepat aku tak buat. Jadi, aku setiasa dalam kerinduan.