keliru...sabar....Besar nikmatnya

Semalaman aku menunggu & termenung terbaring di atas katil memikirkan seribu persoalan yang bermain difikiran. Badan yang tak sihat memburukkan lagi keadaan.

Masih tiada khabar berita. Entah sihat? sakit? Dah makan ke? Selamat ke?
Aku tahu persoalan ini tak perlu timbul kerna aku hanya seorang teman, lagipun ada orang yang menjaganya. Bukan apa aku cuma ambil berat. Maklumla kami rapat.

Hampir sebulan lebih...aku keliru. Akhirnya persoalan yang menyingah di benak fikiranku sudah terjawab. Memang aku tak sangka, dan terkejut. Yang lain, senyap je mungkin tahu. Dan mungkin juga lebih suka berdiam diri enggan mencampuri. Aku mengerti.. tapi aku mahukan penjelasan pada setiap tindak-tanduk. Apa aku ni orang asing pada kalian?

Jujur aku katakan, kadang-kadang aku terasa begitu asing seperti tersisih dari kalian. Kenapa?
Atau itu hanya sekadar mainan perasaan sendiri?

Setiap manusia akan diduga dengan pelbagai dugaan & masalah. Jangan sedih, jangan mengalah kerna itu tanda DIA sayang pada kamu. Kamu seorang yang kuat dan tidak pernah mengaku kalah. Pernah melalui masalah yang lain kan? kenapa yang ini perlu ada bezanya?

Aku yakin kamu bisa laluinya dan selesaikannya sebaik mungkin. Aku sokong apa jua keputusan, janji yang terbaik buat kamu dan tidak memudaratkan.

7 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

jgn terlalu ikut kata hati.org lain mcm biasa je.mungkin tempat anda tu agak jauh untuk org lain jemput dan hantar kot.tu je

Pegawai Khalwat said...

Jangan dilayan perasaan yang datang, kelak tekanan datang berkalang.

jinggo said...

asing.......
asing kah anda....
kenapa perlu merasa terasing......
yang dekat pon belum tentu jumpa hari-hari.........
tidak ada yang terasing.........
asing kah anda..........
adakah anda memerlukan perhatian sepenuh masa untuk membuatkan diri anda tidak terasing........
asing kah diri anda.......
kenapa perlu merasa terasing....

crunchyahcock said...

perasaan jgn dilayan sgt... akal tu yg kita kena selidik

Natra said...

butaseni: soal jemput atau tak, tidak timbul. Smskan ada?

pegawai khalwat: thanx buddy..akanku ingat pesananmu

jinggo: seperti yang ku katakan, mungkin mainan perasaanku sendiri. Aku tak minta ditatang. Maaf andai mukilan disalah ertikan. Keep intouch buddy

AHCOCK: you always said the nices things to me... :)

crunchyahcock said...

me blush.. me face, warm.
me shy

artisticklytouch said...

hoo...berat...never stop berteater na..