Aku percaya nukilan pena yang menari itu lebih tajam dari sebilah pisau mahupun kata-kata seorang manusia. Tarian pena lebih indah, tersusun, tepat dan membunuh. Kesian bagi kita yang tidak pernah sedar, sering alpa akan kelemahan diri kita dan seringkali menunding jari mencari kesalahan orang lain, tetapi kesalahan diri kita seringkali diendahkan oleh mereka yang kita klasifikasikan sebagai "PUAK", "KAUM", "GENG" dan sebagainya. Kenapa? kerana demi menjaga hati ; silaturrahim . Apa salah mereka sehingga kamu merasa begitu sakit dimata dan dihati? Apa salah mereka sehingga kamu sanggup untuk menjadi batu api yang panas membara? Apa salah mereka hingga kamu sanggup untuk menabur pasir di dalam periuk nasi mereka? Kesian...sungguh kesian. Aku bersimpati kepada kamu wahai manusia.
Memang benar kamu tidak sedar atau sengaja tidak mengendahkan. Yang nyata kedudukan kamu itu. Rapuhkan? Nak jatuh? Percayalah kamu tidak akan disambut kerana sesama kamu itu sendiri ada virus yang sedikit demi sedikit memakan diri kamu dan sesama kamu yang akhirnya akan membawa kepada kesudahan yang trajik. Kesian, kamu sebenarnya sentiasa dikutuki oleh kamu sendiri yang kamu sangka "kamu" itu teman-teman kamu. Kesian.