keliru...sabar....Besar nikmatnya

Semalaman aku menunggu & termenung terbaring di atas katil memikirkan seribu persoalan yang bermain difikiran. Badan yang tak sihat memburukkan lagi keadaan.

Masih tiada khabar berita. Entah sihat? sakit? Dah makan ke? Selamat ke?
Aku tahu persoalan ini tak perlu timbul kerna aku hanya seorang teman, lagipun ada orang yang menjaganya. Bukan apa aku cuma ambil berat. Maklumla kami rapat.

Hampir sebulan lebih...aku keliru. Akhirnya persoalan yang menyingah di benak fikiranku sudah terjawab. Memang aku tak sangka, dan terkejut. Yang lain, senyap je mungkin tahu. Dan mungkin juga lebih suka berdiam diri enggan mencampuri. Aku mengerti.. tapi aku mahukan penjelasan pada setiap tindak-tanduk. Apa aku ni orang asing pada kalian?

Jujur aku katakan, kadang-kadang aku terasa begitu asing seperti tersisih dari kalian. Kenapa?
Atau itu hanya sekadar mainan perasaan sendiri?

Setiap manusia akan diduga dengan pelbagai dugaan & masalah. Jangan sedih, jangan mengalah kerna itu tanda DIA sayang pada kamu. Kamu seorang yang kuat dan tidak pernah mengaku kalah. Pernah melalui masalah yang lain kan? kenapa yang ini perlu ada bezanya?

Aku yakin kamu bisa laluinya dan selesaikannya sebaik mungkin. Aku sokong apa jua keputusan, janji yang terbaik buat kamu dan tidak memudaratkan.
Titik mula yang aku cari yang menjadi pembakar semangat untuk aku terus di sini dengan harapan dapat membimbing dan menjadikan aku yang dulu bagaikan disentap. Pernah aku katakan yang hanya rasa benci yang dapat membuat aku untuk melupakan. Perasaan mual & muak dah mula menampak...Perasaan bosan bakal menyusul meluat pula lepas tu benci penghujungnya. Pada ketika itu, aku akan berdiam diri, dan membawa diri pergi jauh dan tak kembali....maaf

ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah. Lega aku rasa sebab ayahanda tersayang dah selamat menjalani pembedahan mata. Penantian ayahanda untuk punya penglihatan seperti dulu, InsyaALLAH bisa ayahanda milikki kembali andai ayahanda banyak bersabar...aku yakin!!

Kenapa? Mengapa? Apa bisa?

Sedang aku berehat di beranda hostel sambil menyelak helaian muka surat sebuah majalah popular tanah air, aku ternampak sebuah madah yang sangat memberi kesan kepada aku:

  • akan tiba saatnya dimana kamu akan berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kamu tetapi kerana kamu menyedari orang itu akan lebih bahagia apabila kamu melepaskannya......

Apa benar? Apa benar orang itu akan lebih bahagia apabila aku melepaskannya? Atau apa benar aku boleh menerima dan melepaskannya? Apa aku bersedia? Apa bisa aku menerima hakikatnya? Persoalan yang tak terjawab olehku. Sukar. Aku serabut. Serba salah, takut, sayang, rindu, keliru...macam-macam perasan bercampur baur! Tapi yang pasti, aku terasa kehilangan. Memang aku keliru. Jujur aku tak mengerti. Kabur..menggagau-gagau aku. Kenapa? Motif?

Kenapa ditemukan andai hanya untuk sementara? Apakah agendaNYA? Bukankah ingin meluruskan sesuatu yang sudah bengkok bisa patah, dan sekiranya membiarkan ianya terus bengkok maka bengkoklah ia selama-lamanya? Ekornya...apa dan mengapa? Ekornya, apa aku bisa???

BIADAP!!

Permulaan hari yang kurang enak bagi aku hari ni serta perasaan malas ditambah pula dengan kaki yang sakit membuat aku lebih berat untuk kerja. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila aku langsung tidak dapat memberi yang terbaik di depan membuat aku lebih tertekan...

Setiap kali terserempak dengan rakan sekerja mesti ditanya, "Kenapa dik, terencot-encot? Sakan kot semalam?" katanya. Eh! Eh! Apa tu? Soalan apa tu? Berderau darah aku. Tak kurang juga yang mengambil berat...sedap sikit hati. Tapi itulah, cantikkan bila orang melayu berbahasa? Cantik sangat sampai tak tahu macam mana nak berbahasa....kurang ajar pula jadinya.

Ingat aku ni apa? Asal bercakap je pasal melayu, mesti ada yang melenting. Tapi pernah tak kita sedar yang inilah hakikatnya tak kiralah kat mana pun. Sebagai seorang yang bertanggungjawab menyambut tetamu, baik tempatan atau luar negara yang aku perasaan yang paling tak sedar diri, perasaan dan mengada-ngada orang melayu. Kenapa? Apa tak cukup sopan ke kita? Apa tak cukup berbudi bahasa ke kita? Sampai habis satu Malaysia terpampang bunting, BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Susah sangat ke nak cakap elok-elok. Kena bayar ke atau ke kena swipe credit card anda untuk berbahasa?

Aku minta maaf andai kasar nukilan aku kali ini. Aku pun melayu. Tapi aku malu dengan Melayu....Sampai bila?

3 Soalan vs 1 jawapan...Renungkanlah

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

LELAKI




Lelaki!! Siapa lelaki? Secara jujurnya, aku tak tahu...banyak yang aku tak tahu pasal lelaki. Jadi aku ingin tahu. Lelaki, makhluk Allah yang istimewa, penting dan besar tanggungjawabnya. Aku rasa teruja setiap kali berbicara soal Lelaki.

Macam mana, kami ( perempuan ) nak tahu bila lelaki:


  • suka

  • tertarik

  • berminat

  • ingin tahu

  • ingin mengenali

  • berminat

  • sayang

  • kagumi

  • percaya

  • mengharapkan

  • perlukan

  • inginkan

  • berkeinginan

  • tersinggung

  • merajuk

  • terasa

  • marah

  • benci

  • meluat

  • menghormati

  • ingin dimanjai dan banyak lagi...mungkin ada yang ingin berkongsi ;)