GAMPANG GAMPANG GAMPANG II

Macam gampang! Best statement ni kan? Aku suka. EH! EH! ;) Orang mesti hairan kenapa aku suka sangat perkataan ni, sedangkan kasar maksudnya bagi orang Perak, manakala di Indonesia, Gampang bermaksud perlu. Mana satu ni? Pada aku, aku suka yang first.
Bukan apa saja nak cerita. Semalam, aku melalui satu rasa yang amat kuat dan panas. Satu perasaan yang dah lama aku tak rasa, tapi semalam tak terkawal. Suasana tegang. Semua dapat rasakan gara-gara kedegilan aku yang pentingkan diri sendiri.

Macam gampang!! Kenapa aku tak terfikir mengenai perasaan orang lain yang begitu mengambil berat tentang aku?
Macam gampang!! Kenapa aku begitu berkeras dengan apa yang aku inginkan?
Macam gampang!! Bersabar!! Tak kan tak boleh kot?
Macam gampang!! Macam gampang!!! Macam gampang!!!

Tapi malam ni, memang cam gampang sebab, boleh plak aku buat. Kenapa?

HEBAT

Persinggahan yang tak disangka...My name is REMY. Karya yang mungkin ditunggu-tunggu segenap rakyat Malaysia setelah satu fenomena melanda, Puteri Gunung Ledang The Musical. Pengalaman menjadi sebahagian dari ahli keluarga memberi kesan yang amat mendalam beserta pengembaraan rasa dan satu pengiktirafan yang tak akan aku lupakan. Terjenguk di blog seorang teman yang lama tak kelihatan membawa perkhabaran baru akan niat Tiara dan ENFINITI...Aku sokong dan terus menunggu. Apakah masih ada ruang untuk aku?

Pengalaman lepas banyak memberi harapan tapi aku tidak mahu menagih...hanya yang mampu aku ucapkan semoga terus sukses dan cemerlang...InsyaAllah

PELAKON LAGI

Tamparan hebat yang seorang pelakon dapat bila dia dianggap kurang ajar ( pada pandangan akulah ) sekiranya pelakon tidak menghormati pengarah di ruang lakonan. Ya, sebagai pelakon aku wajib patuh pada kehendak pengarah, titik noktah tiada bantahan...Tapi pengarah tahu ke apa yang pengarah buat? Sedangkan rasa tiada. Skrip harus hafal, itu salah pelakon sekiranya tanggungjawab itu tidak dipikul sebaik-baiknya, tapi tidak ke cacat jadinya bila skrip diabaikan dengan alasan kesuntukan masa? Apabila seseorang itu memahami kehendak skrip,watak dan keperluan jalan cerita, pelakon tidak perlu untuk menokok tambah yang tidak perlu ketika melontarkan dialog.

Tidak timbul soal profesional atau tidak profesional. EKORNYA, faham atau tidak? Apa tema utama jalan cerita? Persoalan yang perlu ditanya:

  • where?
  • who?
  • what?
  • when?
  • why?
  • how?

Maka dengan itu, akan terungkai segala persoalan yang menjadi persoalan. Untuk mengajar pelakon mengawal situasi pentas ketika persembahan harus bermula dengan skrip/ atau dialog asal yang kemudiannya ad lib hanyalah sebagai pembantu atau di saat kecemasan, ketika diperlukan sahaja. Sebab itulah istilah ad lib digunakan...

PELAKON

PELAKON....Siapa itu pelakon? PENGARAH. Siapa itu pengarah? Untuk persoalan yang kedua, aku tiada jawapan kerana mungkin bukan masanya untuk aku mengarah. Untuk yang pertama, aku ada jawapan. PELAKON...LAKONAN adalah yang dilakukan. LAKONAN adalah satu cara untuk kita bercerita dengan harapan dapat menjentik RASA kepada penonton supaya dapat melalui pengambaraan rasa atau journey of emotion yang memberi rangsangan.

Sebagai seorang pelakon, observation adalah penting dalam memenuhi keperluan watak kerana LAKONAN adalah yang dilakukan!! Yang dilakukan itu adalah watak baru, watak lain yang dibawa oleh seorang pelakon dan bukannya diri sendiri. Pelakon ada dua aset yang utama untuk bercerita. Dua perkara pokok ini yang menolak seorang pelakon dalam membawa watak.

JASMANI & ROHANI

Jasmani adalah:

  • anggota
  • muka
  • suara

Rohani adalah:

  • perasaan
  • pemikiran
  • pengalaman

Bila PELAKON bercerita dengan 2 perkara pokok di atas maka akan wujudlah:

BERCERITA menghasilkan AUDIO / VISUAL yang menjentik RASA .

Dalam masa yang sama pelakon juga harus JUJUR DI SITU, KETIKA ITU!!

GAMPANG!!!!GAMPANG!!GAMPANG!!

Macam gampang!!!! statement yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan aku seharian aku di tempat kerja!! Memang macam gampang!!! semua serba tak kena!!! Apa hal!!!tension babe!!! Dah la dapat roomate yang tak semenggah! Yang jenis AKU ADALAH AKU!! DIA DENGAN DUNIA DIA!!! Bilik berpuaka,ada hantu dok kacau aku tidoq tak lena. Apa yang berkenan sangat pun tak taula!! MEMANG AKU RIMAS!!! Tak keruan!!! :( Semalam pun macam gampang!! Ada ke pi tanya kat aku " Bila hang nak kahwin?" Eh! Eh!
Dua tiga hari sudah, best friend aku datang, buat muka sekupang pasal tak dapat lepak ngan aku!! nape baru sekarang nak buat muka sekupang? LONG LOST FRIEND KONON!!!

Sayang? Sapa tak sayang? memang keliru!! macam-macam rasa ada? seksa aku. Ya! aku mengaku memang aku seorang yang kurang sabar...kepala batu, panas baran. ITU AKU!! Menjadi diri sendiri & tak berpura-pura.

STATUS. Apa status kita? PERANAN. Apa peranan kita? AKU. Kenapa aku?

KISAH CINTA DAN KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga. Kenapa?? Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa?? Kerana, KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang, Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. Sayang semua!!! frenz never break.... :)

ARISTOTLE


ARISTOTLE, ahli falsafah Greek yang memperkenalkan 6 elemen ARISTOTLE:



  • WATAK/CHARACTER

  • PLOT

  • TEMA / THEME

  • MUZIK / MUSIC

  • BAHASA / DICTION

  • KEKAGUMAN / SPECTACLE

6 Elemen di atas amat berguna bagi merungkai segala persoalan atau amat sesuai untuk menganalisa skrip, watak dan sebagainya.

Tak sangka!!!

Tanggal 12 Mar 2007, tarikh yang banyak mengubah cerita hidup aku. Pada tarikh inilah, buat julung kalinya aku balik ke kampung halamanku....

(imbasan ketika di kL)

"Kalau tak balik, boleh tak!! Bencila..kalau balik sana bukan boleh buat apa sangat pun. kengkawan bukan ada...tak kan nak teperuk kat umah je. Kerja! baru terhegeh-hegeh nak cari!!Bosanla!!! Aku nak hidup aku, ruang aku, minat aku. Boleh bagi? Jangan mimpila!Jangan harapla! Diakan sempurna, cemerlang dalam segala-gala. Mesti dia akan ajar kau macam mana nak atur hidup kau!!!!"

Terngiang-ngiang dalam kepala otakku. Apalah nasib badan!!! Ingat lagi, terpacak aku sengsorang kat stesen bas Sungai Nibong, tunggu ayahanda jemput. Masa tu aku rasa asing sangat..padahal kampung sendiri, tempat sendiri ( hek..eleh! poyolak kan? inilah yang dikatakan tak sedaq kediri..baru duduk kL untuk beberapa tahun...terasa asing konon kat tempat sendiri). Takpa lah, sekurang-kurangnya aku sedaq masa tu.

Sampai rumah awal pagi, dalam pukul 4.30,letih terus tido. Keesokkan paginya, bermulalah cerita baru untuk aku. Kerja ni jangan cakap. Macam-macam aku minta,yang email, yang pos semua ada. Temuduga, mau gak kat 10 aku pegi...tapi hanya satu je lekat dalam masa hampir sebulan menganggur...salah satu hotel kat penang. Bleyla tahan...takla hebat sangat...4 bintang jer. Kebetulan tempat bonda aku kerja dulu. Mungkin pasal tu gak kot aku dapat kerja ni. Syukur alhamdulillah...

24 April 2007, hari pertama aku ke tempat kerja. Perasaan bercampur baur. Gemuruh, takut, seronok, gementar..semua rasa ada masa tu. Maklumlah, terjah ke bidang kerja yang tak pernah aku terpikir nak buat. Hari pertama, tercampak kat bahagian operator. Ketaq lutut jawab call. Pastu, masuk hari ketiga ada supervisor approached aku suruh aku masuk reservation. Best gak bahagian n, tapi kalau tak faham sistem..bosan ;( Lepas reservation, aku dicampakan secara tetap di recaption, haaaa masa nilah, aku dikenalkan dengan seorang mamat yang hanya dikenali sebagai Bugs bunny ;) mamat nila yang bagi balik hidup aku, ruang aku & minat aku yang aku sangka dah sampai dipenghujungnnya hanya dengan memperkenalkan aku pada seorang mamat yang dikenali sebagai "Bapak 3D". Dasyat woi mamat ni, tangan dia....FU yooooooooh!!! Anugerah Allah yang tak ternilai..aku rasa insyaAllah, bagila apa pun kat dia...buat jadi ;) Aura dia....meremang kalau nak cerita.

Mamat 3D ni rupa-rupanya, orang teater. Aku apa lagi, syokla masa tu. Apatah lagi bila dapat tau, ada orang yang saliran aku ada kat tempat kerja....hmmm memang bestla...terus dari berat nak pi kerja, berkobar-kobar semangat aku lepas kenal mamat ni hanya semata-mata teater..lagi best bila mamat ni bawak aku jumpa kengkwan dia yang lain, mereka yang gilakan teater gak. Wui! hebat..macam-macam nama diorang...ada dewa,ada bapak,ada maha & macam-macam lagi!!! Fuuuuuyohhhh! memang bestla....gembira yang amat sangat. Tak sangka aku...balik dalam keadaan yang tak sangka...ditambah pulak dengan tak sangka lagi! Tuhan memang maha berkuasa...hebat sungguh DIA menulis jalan cerita hidup aku....ntah apa pulak plan DIA pasni untuk aku. Semenjak itu, aku secara sah menjadi ahli diorang! Sampaila ke hari ini, aku dengan gembiranya praktis teater ngan diaorang sebagai persediaan untuk ke Festival Teater 2007...GO!GO! CHAIYO!!!

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan kat kengkawan aku yang for sure akan baca dan kutuk ruangan aku ni...pertama sekali buat "NYAWAKU" terima kasih sebab bagi ruang untuk aku dalam ruang kau, buat bapak-bapak, maha-maha & yang lain-lainnya...terima kasih sebab amik aku dengan tangan yang terbuka dalam hidup korang. Aku menghargainya.....XOXO ;)