BOOTCAMP MY NAME IS REMY

Seperti selalu aku sibuk mempelajari rutin baru dari Pat,yang sememangnya "best" dan paling penting boleh kurus bai!! Tapi hari ni tak seperti hari-hari yang sebelumnya bila, macam dulu, mula-mula dulu masa kami berhempas-pulas untuk mementaskan PGLM mesti jer ada yang tak kena. Samala juga kali ini memang aku rasa tak masuk langsung dengan sesetengah individu yang menjengkelkan, di mana gilakan kuasa tapi tak dapat ( among the ensemble ) tak payah mention sapa. Inilah jadinya bila buat apa pun nak kan nama atau pengiktirafan...satu lagi berhentilah menjadi batu api...fade up!!! really fade up!! Aku tengah break sebenarnya masa tulis entry baru ni. Aku bengang sangat! Hormatla sikit...sama-sama cari makan pun mau busuk hati ka!!

Hmm memandangkan aku dah kat sini, baik aku bagitau korang semua. Musical Remy akan mengadakan sesi ujibakat. Ujibakat ni hanya terbuka kepada:

  • lelaki yang boleh menyanyi dan menari.
  • Dalam lingkungan usia 18 ke 40 tahun.
  • Pada hari selasa ( 31 July 2007 ) , pukul 4pm
  • Di studion 10 on 10 Ampang, tingkat 2 di atas Restoran Nasi Ayam Linda Onn

So, kepada yang berada di kL atau ada kengkawan yang berminat boleh datang ke ujibakat tersebut.

BOOTCAMP MY NAME IS REMY

Buat kengkawan yang lama tak dengar citer pasal aku. Aku ok kat kL, cuma sibuk dengan aktiviti teater di sini . Alhamdulillah sejak aku sampai ari tu, banyak yang berlaku kat sini. Aktiviti pertama aku, STAR MAKER musical bootcamp. Aku diberi peluang oleh Tiara untuk bersama-sama dengan team PGL kongsi pengalaman kami dengan campers yang lain mengenai musical teater.

Dalam masa yang sama, aku banyak belajar sebab semua campers datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang mahir dalam seni suara, berlakon, ada yang doktor, ada yang bakal menjadi doktor, bekas peguam, mahir dalam music dan sebagainya. Aku kagum. Bila lepak ngan diaorang semua, kerdil aku rasa. Yelah, aku pun masih baru ;)

Alhamdulillah setakat ni aku rasa happy dan bangga dengan pencapaian aku walaupun banyak menda yang berlaku dalam hidup aku. Aku hargai mereka yang banyak membantu aku ( you know who you are ) mengembangkan bakat aku menjadi "tripple threat" ( boleh menari, belakon & menyanyi ) Yelah, ingat senang ker nak jadi penari sedangkan aku bukan " trained dancer". Maksudnya, aku ni tidak pernah mendapat latihan tarian yang intensive atau memiliki qualification dalam tarian; ballet sebagai contoh. Menyanyi pun bukannya senang, banyak yang perlu aku betulkan, posture terutamanya. Belakon pulak, aku rasa aku perlu banyak membaca & tonton teater dan filem. Dua minggu aku terikat denagn STAR MAKER BOOTCAMP. Alahmdulillah aku berjaya menamatkannya.Untuk bootcampers yang tersayang...i'm happy to get to know all of you!!! BEST OF LUCK!

Dalam masa yang sama aku sibuk dengan STAR MAKER, aku pun terlibat sama dengan satu show untuk Tiara di KL HILTON. Meletops!! Opening & finale show for MONT BLANC ( diaorang lauch koleksi barang kemas yang terbaru)!!!

Lepas habis show tu, aku terlibat sepenuh masa dengan workshop MY NAME IS REMY. Dalam workshop ni, kami didedahkan dengan skrip ( Adlin) dan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri PRamlee dan lagu-lagu baru hasil ciptaan DICK LEE. Buat julung kalinya, aku berpeluang untuk bekerja dengan DICK LEE, dia ni kira macam DATUK SITI kat Singapore...beruntung dapat bekerja dengan dia, bukan saja kerana ilmu dan pengalamannya tapi kerana dia seorang yang sangat humble,tidak kedekut ilmu dan banyak menyuarakan pendapat bagi menjayakan musical ni. Here is the best part! Masa workshop ni berlangsung, kami telah diberi watak & kami wajib buat satu persembahan ( dah lepas ) yang dirakam secara live dimana rakaman ini akan menjadi guide kepada individu lain yang terlibat dalam musical ni...Yang buat aku terkejut tu, julung-julung kalinya aku diberi watak besar. Dalam workshop ni aku diberi peluang mendokong watak biduanita negara, SALOMA. Memang aku
tak percaya pada mulanya, bukan senang dapat pegang watak ni, gugup tuhan saja yang tahu sebab orang mesti menaruh harapan yang besar pada aku. Tapi aku tak mengalah, aku terima dengan tangan yang terbuka dan inilah satu cabaran yang aku tunggu selama ni. Alhamdulillah aku boleh buat walaupun tidak sesempurna SALOMA. So, kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih sebab bagi aku peluang ni!!!

Selesai jer workshop, aku terlibat pulak dengan BOOTCAMP MY NAME IS REMY. Baru lepas dua hari. Nak patah pinggang dan kaki gak aku dibuatnya. Dalam bootcamp ni aku ada dua sesi. Satu sesi dengan director & sesi yang satu lagi aku dengan Pat Ibrahim. Sesi dengan director aku ok sebab kami banyak buat latihan teater ( mengenal tubuh badan, mencari watak, suara dan sebagainya ) manakala dengan Pat pulak yang buat pinggang & kaki aku sakit giler!! Pat sekarang ni dalam proses mendedahkan kami kepada motif dan jenis tarian yang wujud pada zaman itu, best tapi perit!! Semalam paling dasyat, sampai aku terhinjut-hinjut kesakitan dan hampir pitam. Takpe, janji di penghujung bootcamp ni nanti aku dapat balik bentuk badan yang aku idamkan :) Dengan Pat mesti kurusnya! Anyway, I got to go. Buat masa ni. setakat ni jer yang dapat aku story kat korang. More to come. Sabar k!!

BACK FOR GOOD :)

I left that very day without saying a single word. Sorry guys. I've made up my mind & decision to leave. I had to do something and I just hate it when I needed an answer I was left hanging....Well, no worries its history. Now I'm so happy that I'm back on track.

I left for kL to persue my dreams....MUSICAL THEATRE. I was so lucky to be chosen among 45 cast of PGL with my other two friends to take part in the STAR MAKER...musical theatre bootcamp. I learned a lot in the bootcamp, plus being able to work with SEAN GHAZI, REZA, PAT IBRAHIM & TIARA.

Having said that, after the bootcamp I will be working with my family here for the up coming "MY NAME IS REMY". Wish me best of luck and from myself, I wish best of luck to all of you..my buddies:


  • paranormal
  • butaseni
  • jinggo
  • crunchyahcock
  • pegawaikhalwat and the rest that I have not mention.......mwahs!!!