Hari ahad baru-baru ni hari yang happy buat aku, sebab kawan baik yang telah lama tak ku dengar cerita menelefonku dan bertanyakan khabar.Alhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka. Tapi ada yang lagi best, haaa selalunya aku cuma tengok diorang buat persembahan kat TV. Tapi ahad yang lepas aku tengok show live. Fuyooo!! Memang meletop! Tak tipu! Siapa lagi kalau buka kengkawan INFINATEZ ku. Tangkap cair aku dengar diaorang nyanyi lagu Gadis Melayu. Rugi pada sesiapa yang tak singgah ke Maju Junction ahad lepas.
Masa majlis tu berlangsung semuanya ok, cuma yang sedikit menjengkelkan aku ialah pengacara majlis ari tu. Ketika dia menjemput kengkawanku untuk buat persembahan.Alamak memang kecewala! Bukan apa, sebutan Infinatez ni kalau diikutkan sebutan inggerisnya kalau mengikut ejaan lebih kurang camni INFINATES,bezanya S ditukarkan kepada Z. Mesti ada sebabkan, itu kena tanya diaorangla. Buknnya sebutan melayu...IN-FI-NA-TEZ( CUBA SEBUT MACAM KITA MENGEJA DALAM BAHASA MELAYU, CAMNA BUNYINYA?Macam tulah pengacara tu menjemput diaorang ke pentas) apabila kita ni bertugas sebagai Dj ker, pembaca berita ker atau pengacara sebutan perlulah betul terutama kalau perkataan bahasa asing ataupun perkataan yang ejaannya pelik-pelik. Kalau tak tau tanyalah...janganlah berat mulut. Bikin diri sendiri malu.
Ish! Macam-macamkan? Bunyinya memangla lawak tapi itula hakikatnya. Oklah cukup-cukupla aku mengomel. Sekarang nak cerita pasal aktiviti aku plak. Sejak aku melibatklan diri dengan REMY, aku dapat merasakan perubahan yang agak ketara. Maksudku, dari segi rohani terutamanya. Bukan apa, aku seolah-olah tertinggal dan tidak mahu mengejar...Susah untuk aku luahkan. Aku rasa, pengembaraan rasa yang sebenar aku tak capai. Itu sebenarnya! Aku jadi malas dan bosan. Kekadang tu aku tak ada pun kat situ!! Entah.. tak tau kenapa?
Yang menjengkelkan aku jugak bila aku rasa status menjadi pilihan didalam sesebuah produksi. Pernah tak korang rasa camtu? Dilayan tak sama dengan orang lain. Penting sangat ke status dan latar belakang seseorang itu untuk diberi layanan yang istimewa sedangkan yang lainnya macam hendak dan tak hendak layan? Hmmm...Aku bukanlah mengharap orang untuk layan aku memanjang tapi ada kalanya kita bersuara dengan niat membantu atau memberi cadangan kita disentapkan dengan ucapan SHUT UP U! Mungkin dia melawak tapi tak kena gaya pada aku. Sentap siot!
Nak buat macam mana? Aku terlibat dalam bidang ni pun dengan izinNya kerana niatku dan minatku yang sangat mendalam. Kelulusan yang aku ada pun dalam bidang teater pengurusan saja yang lainnya, berlakon, menari & menyanyi semuanya aku belajar sendiri. Aku cuba memenuhi prinsipku selalu ; FOKUS, DISIPLIN & TIME MANAGEMENT dan sentisa cuba untuk memenuhi kehendak orang lain, menggembirakan orang lain walaupun diriku sakit atau penat aku tak kisah selagi perkara yang aku buat itu memuaskan hati aku. So, pada yang nak tahu apa-apa pun, janganla takut-takut nak tanya. Selagi termampu dan aku ada ilimu,akan aku kongsi dengan korang k!
Seperkara lagi yang aku taidak boleh terima adala apabila dimarahi dihadapan orang ramai. Perkara ini sering terjadi dalam latihan. Terutama pada yang lewat datang. Dah la lewat, ponteng pulak hari sebelumnya. Hmmm bila datang latihan hari ini, baru nak belajar. Kalu belajar sungguh-sungguh takpe jugak, ini siap buat main-main lagi. Siapa yang tak meletupkan! Tapi, kalau nak marahpun aku lebih suka kalau dia dipanggil dan diberitahu di satu sudut yang orang lain tak dengar. Kesian tau bila kau tengok diaorang kena tengking, dahla kena marah kuat-kuat pastu semua mata tertumpu kat diaorang. Kan tak ada etika namanya tu? Pada aku, soalan-soalan bodoh mahupun perkara-perkara bodoh sentiasa akan berlaku dalam sesebuah produksi. Ada 1001 cara untuk marah dan menyelesaikan masalah...tidak ada yang lebih baik dari bersabar! Tapi, kalu dah dua-dua ketegaq buih, sorry babe tak dapat nak tolong! Suka hati korang la! Yang baik hanya dari Allah... yang buruk daripada aku jua...
Apabila terjentik rohani,timbulah rasa yang membawa kepada pengembaraan rasa yang merangsang samada rasa suka atau rasa duka. Perasaan, pemikiran dan pengalaman yang menentukan rasa
Namaku JUNAINAH
My Name is Remy....Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik; sesi latihan (ensemble), set, costume dan lain-lain lagi. Walaupun penat, tension sana-sini aku rasa berbaloi kerana ada usaha untuk mengetengahkan cerita Seniman yang tiada gantinya; Allahyarham Tan Sri Pramlee.
Mendapat jolokkan 'PEARL OF THE ORIENT', bangga aku rasa menjadi anak Pulau Pinang. Siapa yang tidak, PRamleekan anak Pulau Pinang. Walaupun tidak pernah melihat beliau, sekadar kenal nama, melihat gambar,menonton filem-filem karya, lakonan dan arahan beliau & mendengar lagu-lagu ciptaanya aku rasa begitu dekat padanya. Yelah, kalau dah nama anak seni! Tapi aku tidaklah sehebat beliau, bukan sahaja menyanyi, berlakon malah mengarah, menulis, mencipta lagu. Ha...siapa yang dapat lawan. Aku hanya sekadar memegang istilah ini, 'the tripple threat' yang lainnya..insyaAllah bila aku berkesempatan akan aku belajar dan praktikkan..
Sebenarnya, aku nak kongsi sikit dengan korang semua pasal seorang gadis yang bernama Junainah. Junainah ni merupakan salah seorang anak dara kepada artis komedi yang sangat famous di Studio Jalan Ampas, iaitu DHarris. Kalau korang nak tahu, Junainah ni sebenarnya salah seorang gadis yang pernah diminati oleh PRamlee. Tapi, sayang sebab hajat Junainah tak kesampai untuk bersama Pramlee sebab DHarris nak Junaidah, kakak kepada Junainah seorang janda berkahwin dengan PRamlee. Kesian kat akukan? Yelah..sebab yang memainkan watak Junainah tu, aku hehehehe aje ngabor ;)
Kalau korang nak tau selebihnya...kenalah datang tengok!

RESDONG
Hmm...Bila sebut pasal RESDONG, mesti korang akan pikir apalah pulak aku nak merepek ari ni. Sebenarnya, aku bukan nak bercerita pasal penyakit resdong tetapi RESDONG ni merupakan nama sebuah kumpulan teater yang aku pernah terlibat sama masa kat penang, pendek kata kengkawan teater aku yang giler & berani mati tahap dewa hehehe ;) Resdong ni banyak ahli kumpulan. Yang tetap tak ramai, tapi yang kutip belambak tak terkira. Aku salah seorang dari diaorang, walaupun aku mungkin tak seaktif semasa di penang tetapi aku masih ingin bekerja dengan diaorang bila berkesempatan.
Aku nak cerita sikit pasal ahli-ahli Resdong nih. Diaorang ni memang tahap berani mati dalam erti kata eksplorasi watak dan main hentam jer dalam aspek lakonan, pengurusan pentas dan macam-macam lagi. Tapi pada aku, itu bukanlah satu masalah tapi satu pujian dari aku sebab korang berani walaupun pada dasarnya aku sedikit tidak dapat menerimanya. Tapi, itulah RESDONG. Sapa tak kenal RESDONG!!
Baru-baru ini RESDONG pun terlibat sama dalam FESTIVAL TEATER PULAU PINANG 2007 yang diadakan di Taman Budaya Pulau Pinang. Aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Festival teater ini, terutama RESDONG kerana berjaya menggondol naib johan & teknikal terbaik pada festival kali ini. Tahniah sekali lagi & aku bangga dengan semanggat & usaha korang!!Sebenarnya aku rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menghabiskan apa yang aku mulakan dengan korang. Aku harap korang tak serik untuk ambil aku bekerja dengan korang lagi sebab apa yang terjadi adalah kehendak DIA.
Rasanya itu saja untuk kali ini. Aku gerak dulu sebab ada janji dengan 2 orang ensemble untuk bantu diaorang dengan koregrafi semalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)