Selalu denganmu




Besar pengertiannya untuk ku

Pelancaran Anugerah Skrin 2007

Semalam aku rasa sangat beruntung kerana dapat hadir dan memeriahkan majlis Pelancaran Anugerah Skrin di KL Hilton. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat ku, Chedd dan Nadia kerana drama lakonan mereka berdua adalah antara yang tercalon. Tahniah!!
Hadirnya aku di majlis itu adalah kerana aku dan rakan-rakan yang lain bertanggungjawab membuat persembahan gimik bagi pelancaran tersebut. Memang seronok. Bukan sahaja dapat buat persembahan malah dapat berjumpa dengan sebahagian rakan artis seperti Aunty Fatimah Abu Bakar, adik ayi (Mukhsin ) dan kawan-kawannya termasuk rakan-rakan wartawan.
So, jangan lupa untuk menonton Anugerah skrin pada 14 Disember 2007 nanti sebab aku dan kawan-kawan sekali lagi beramai-ramai akan gegarkan pentas pada malam tersebut.

p/s: Chedd thank you for that lovely photo. Rasa-rasanya boleh dapat copy tak ;)

Aku dan PRamlee the musical

Mataku letih memandang ke arah skrin komputer. Padahal, hari ini merupakan hari pertama jari-jemariku mula menari, mencoret pengalaman yang inginku kongsi bersama. Ku kira masuknya hari ini maka lebih kurang 2 minggu sudah P.Ramlee The Musical tamat. Alhamdulillah....selesai sudah segala penat lelah mereka ( Warga Enfiniti, Tenaga kreatif, Tenaga pengurusan pentas, Transformers, Tenaga teknikal dan semua warga Istana Budaya, Pelakon utama, ensembles dan bagi semua yang terlibat) tahniah & terima kasih untuk semua ;)



Aduh! Kat mana harusku mula...banyak sangat yang berlaku semasa pementasan ini. Indah-indah belaka terutamanya bagi diriku sendiri. Mana tidaknya...buat pertama kalinya sepanjang penglibatan aku sebagai anak seni ( pentas khususnya ), tidak pernah ada individu yang kisah akan kewujudan aku dipentas..ye lah orang datang bukan nak tengok kita sangat pun. Banyak yang datang menonton kerna hendak melihat kebolehan artis kesayangan mereka membawa watak yang diberikan. Sesuai atau tidak? Itulah hakikatnya...macam aku, aku tahu watak Junainah yang diberikan hanyalah sekadar penyeri sesebuah adegan.

Suatu hari, aku dikejutkan dengan sebuah review di dalam sebuah akhbar popular tempatan, seorang wartawan telah menulis tentang watak sampingan Junainah yang dibawa olehku berjaya menarik perhatiannya...aku memang terkejut. Katanya, "Namun, perkara yang sering dilupakan penonton ialah kekuatan watak tambahan yang sebenarnya lebih mewarnai persembahan itu sehingga kadangkala lebih mendominasi sesuatu babak mengatasi pelakon utama. Watak Junainah, lakonan Zeqhty boleh dikatakan sangat dominan terutama kemampuannya memegang beberapa watak termasuk penari dalam hampir setiap babak". Katanya lagi, " lontaran vokal, kawalan emosinya nyata lebih berkesan". Buat wartawan yang menulis review mengenai lakonan aku tu terima kasih.

Sebenarnya, aku tidak menyangkal apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Memang pada hakikatnya, industri tempatan kita yang menyebabkan watak sampingan seperti watak yang didokong aku itu tidak penting, mungkin bukan minat mereka yang datang menonton. Tetapi tidak mengapa, terima kasih kepada beliau, aku yakin selepas ini pasti ramai yang akan lebih peka kepada setiap watak di pentas. Namun yang demikian, aku bernasib baik kerana kewujudan aku di rasai. Sebenarnya, watak sampingan yang lain juga berjaya memenuhi kehendak babak lain. Walau apa pun aku rasa tidak ada yang lebih meletup dari ahli produksi pentas, pengurusan pentas dan transformers yang hebat dan gagah perkasa. Padaku, kalau tidak ada mereka ini, tidak cukuplah rencah pementasan PRamlee The Musical ini. Cakap pasal tak cukup rencah ada seperkara lagi yang sering kita lupa adalah kewujudan ensemble...Ensemble I love you all....keep on rocking the stage!!