Hmm...Bila sebut pasal RESDONG, mesti korang akan pikir apalah pulak aku nak merepek ari ni. Sebenarnya, aku bukan nak bercerita pasal penyakit resdong tetapi RESDONG ni merupakan nama sebuah kumpulan teater yang aku pernah terlibat sama masa kat penang, pendek kata kengkawan teater aku yang giler & berani mati tahap dewa hehehe ;) Resdong ni banyak ahli kumpulan. Yang tetap tak ramai, tapi yang kutip belambak tak terkira. Aku salah seorang dari diaorang, walaupun aku mungkin tak seaktif semasa di penang tetapi aku masih ingin bekerja dengan diaorang bila berkesempatan.
Aku nak cerita sikit pasal ahli-ahli Resdong nih. Diaorang ni memang tahap berani mati dalam erti kata eksplorasi watak dan main hentam jer dalam aspek lakonan, pengurusan pentas dan macam-macam lagi. Tapi pada aku, itu bukanlah satu masalah tapi satu pujian dari aku sebab korang berani walaupun pada dasarnya aku sedikit tidak dapat menerimanya. Tapi, itulah RESDONG. Sapa tak kenal RESDONG!!
Baru-baru ini RESDONG pun terlibat sama dalam FESTIVAL TEATER PULAU PINANG 2007 yang diadakan di Taman Budaya Pulau Pinang. Aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Festival teater ini, terutama RESDONG kerana berjaya menggondol naib johan & teknikal terbaik pada festival kali ini. Tahniah sekali lagi & aku bangga dengan semanggat & usaha korang!!Sebenarnya aku rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menghabiskan apa yang aku mulakan dengan korang. Aku harap korang tak serik untuk ambil aku bekerja dengan korang lagi sebab apa yang terjadi adalah kehendak DIA.
Rasanya itu saja untuk kali ini. Aku gerak dulu sebab ada janji dengan 2 orang ensemble untuk bantu diaorang dengan koregrafi semalam.
11 comments:
correction RESDONG'S bkn RESDONG.
Sempat blog tu...
tegezoot: Ok!! sorry RESDONG'S!! SATISFIED?
defoo: hmmm tau takpe :)
dah beberapa kali mereka beritahu aku apa maksud resdong's tapi sampai sekarang aku tak ingat, kamu ingat?
kamu terlibat juga dengan My Name is Remy?
Oi! Hang lupa depa juga dapat Pelakon Lelaki Terbaik!
Tiga tahun!
Berturut-turut!
Kalau hang yang berlakon hari tu entah-entah ada pasangan Pelakon Wanita Terbaik.
Psss.... sebenarnya aku nak tengok jugak babak rogol dan menggoda tu macam mana jadinya kalau hang yang buat.
lepas ni resdong nak buat cerita My Name is S*a%z@ie!!hehehehehe
tak mau join?
butaseni toksah dok bida'ah!
ya ka bila tu...........
boleh joint.........?
woi mak cik apa cita.......
lama tak dengaq cita.....
ada sihat ka.......
sapa nak huraikan maksud RESDONG'S? Tegezoot ka atau ah cock? Ah cock mesti lebih tau sebab dia maskot kumpuluan ni hehehe ;)
artisticklytouch: ya, saya terlibat dengan MY NAME IS REMY. Kalau nak datang tengok bagitau.
pegawai khalwat: ishk!! mana saya boleh lawan otai-otai kat sana. Banyak bapak kesenian yang tak dapat disangkal kehebatan depa. Itulah, saya pun teringin gak nk buat scene tu, mungkin lain kali bila berkesempatan.
butaseni: Hang ni nampak sangat jealous kat aku. Aku buat musical hang pun nak jugak...bolehla join kalau hang jadi pelakon utama.
jinggo: Masih dengan ringtone spongebob squarepants lagi? hehehe aku sihat...
Hikhik. Hai Zeqhtyramli. Salam kenal. Seronok dapat jenguk blog orang-orang seni ni :-)
Post a Comment