PELAKON

PELAKON....Siapa itu pelakon? PENGARAH. Siapa itu pengarah? Untuk persoalan yang kedua, aku tiada jawapan kerana mungkin bukan masanya untuk aku mengarah. Untuk yang pertama, aku ada jawapan. PELAKON...LAKONAN adalah yang dilakukan. LAKONAN adalah satu cara untuk kita bercerita dengan harapan dapat menjentik RASA kepada penonton supaya dapat melalui pengambaraan rasa atau journey of emotion yang memberi rangsangan.

Sebagai seorang pelakon, observation adalah penting dalam memenuhi keperluan watak kerana LAKONAN adalah yang dilakukan!! Yang dilakukan itu adalah watak baru, watak lain yang dibawa oleh seorang pelakon dan bukannya diri sendiri. Pelakon ada dua aset yang utama untuk bercerita. Dua perkara pokok ini yang menolak seorang pelakon dalam membawa watak.

JASMANI & ROHANI

Jasmani adalah:

  • anggota
  • muka
  • suara

Rohani adalah:

  • perasaan
  • pemikiran
  • pengalaman

Bila PELAKON bercerita dengan 2 perkara pokok di atas maka akan wujudlah:

BERCERITA menghasilkan AUDIO / VISUAL yang menjentik RASA .

Dalam masa yang sama pelakon juga harus JUJUR DI SITU, KETIKA ITU!!

6 comments:

jinggo said...

hang ni memang......
ibu kesenian lahhhh.........

Natra said...

Itu baru langkah bermula... ;)

jinggo said...

apa bila bermula langkah....
jangan diakhiri dengan berputus asa.....
apabila bermula langkah....
melangkah lah sejauh yang boleh....
semoga berjaya dengan langkah anda......

Pegawai Khalwat said...

Aku belajar benda yang baru, yang aku tak tahu.

tegezoot said...

aku cuma berlakun dengan sepenuh hati je...

sungguh! itu je aku tahu!

Butaseni@Wan Raja said...

apa ni,aku tak paham lah apa yang hampa cakap ni...
ajarlah aku slow-slow.:(