Kenapa? Mengapa? Apa bisa?

Sedang aku berehat di beranda hostel sambil menyelak helaian muka surat sebuah majalah popular tanah air, aku ternampak sebuah madah yang sangat memberi kesan kepada aku:

  • akan tiba saatnya dimana kamu akan berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kamu tetapi kerana kamu menyedari orang itu akan lebih bahagia apabila kamu melepaskannya......

Apa benar? Apa benar orang itu akan lebih bahagia apabila aku melepaskannya? Atau apa benar aku boleh menerima dan melepaskannya? Apa aku bersedia? Apa bisa aku menerima hakikatnya? Persoalan yang tak terjawab olehku. Sukar. Aku serabut. Serba salah, takut, sayang, rindu, keliru...macam-macam perasan bercampur baur! Tapi yang pasti, aku terasa kehilangan. Memang aku keliru. Jujur aku tak mengerti. Kabur..menggagau-gagau aku. Kenapa? Motif?

Kenapa ditemukan andai hanya untuk sementara? Apakah agendaNYA? Bukankah ingin meluruskan sesuatu yang sudah bengkok bisa patah, dan sekiranya membiarkan ianya terus bengkok maka bengkoklah ia selama-lamanya? Ekornya...apa dan mengapa? Ekornya, apa aku bisa???

6 comments:

jinggo said...

ngak biissssaa buk......

Butaseni@Wan Raja said...
This comment has been removed by the author.
Butaseni@Wan Raja said...

Ekorrrnya...kalau dah ada didepanmu jangan lagi kau lepaskan.
tetapi kalau sudah terlepas jangan lagi kau kejarkan.
ekorrrnyaa........

Pegawai Khalwat said...

Bisa.

Yang penting hepi.

artisticklytouch said...

oh, aku pernah mendengar kata-kata itu tapi dalam slanga yang berbeza. Jangan banyak fikir, enjoy the moment..ada jodoh, ada le ;)

salam bloggers

tegezoot said...

hanya selingan dalam sebuah kisah yg panjang mungkin...