Mataku letih memandang ke arah skrin komputer. Padahal, hari ini merupakan hari pertama jari-jemariku mula menari, mencoret pengalaman yang inginku kongsi bersama. Ku kira masuknya hari ini maka lebih kurang 2 minggu sudah P.Ramlee The Musical tamat. Alhamdulillah....selesai sudah segala penat lelah mereka ( Warga Enfiniti, Tenaga kreatif, Tenaga pengurusan pentas, Transformers, Tenaga teknikal dan semua warga Istana Budaya, Pelakon utama, ensembles dan bagi semua yang terlibat) tahniah & terima kasih untuk semua ;)
Aduh! Kat mana harusku mula...banyak sangat yang berlaku semasa pementasan ini. Indah-indah belaka terutamanya bagi diriku sendiri. Mana tidaknya...buat pertama kalinya sepanjang penglibatan aku sebagai anak seni ( pentas khususnya ), tidak pernah ada individu yang kisah akan kewujudan aku dipentas..ye lah orang datang bukan nak tengok kita sangat pun. Banyak yang datang menonton kerna hendak melihat kebolehan artis kesayangan mereka membawa watak yang diberikan. Sesuai atau tidak? Itulah hakikatnya...macam aku, aku tahu watak Junainah yang diberikan hanyalah sekadar penyeri sesebuah adegan.
Suatu hari, aku dikejutkan dengan sebuah review di dalam sebuah akhbar popular tempatan, seorang wartawan telah menulis tentang watak sampingan Junainah yang dibawa olehku berjaya menarik perhatiannya...aku memang terkejut. Katanya, "Namun, perkara yang sering dilupakan penonton ialah kekuatan watak tambahan yang sebenarnya lebih mewarnai persembahan itu sehingga kadangkala lebih mendominasi sesuatu babak mengatasi pelakon utama. Watak Junainah, lakonan Zeqhty boleh dikatakan sangat dominan terutama kemampuannya memegang beberapa watak termasuk penari dalam hampir setiap babak". Katanya lagi, " lontaran vokal, kawalan emosinya nyata lebih berkesan". Buat wartawan yang menulis review mengenai lakonan aku tu terima kasih.
Sebenarnya, aku tidak menyangkal apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Memang pada hakikatnya, industri tempatan kita yang menyebabkan watak sampingan seperti watak yang didokong aku itu tidak penting, mungkin bukan minat mereka yang datang menonton. Tetapi tidak mengapa, terima kasih kepada beliau, aku yakin selepas ini pasti ramai yang akan lebih peka kepada setiap watak di pentas. Namun yang demikian, aku bernasib baik kerana kewujudan aku di rasai. Sebenarnya, watak sampingan yang lain juga berjaya memenuhi kehendak babak lain. Walau apa pun aku rasa tidak ada yang lebih meletup dari ahli produksi pentas, pengurusan pentas dan transformers yang hebat dan gagah perkasa. Padaku, kalau tidak ada mereka ini, tidak cukuplah rencah pementasan PRamlee The Musical ini. Cakap pasal tak cukup rencah ada seperkara lagi yang sering kita lupa adalah kewujudan ensemble...Ensemble I love you all....keep on rocking the stage!!
7 comments:
yeah,rock on chombee :D
butaseni: ;)
Dear Zeqhty,
I was one of the happy audience on the final night of P Ramlee The Musical (only later i found out there would be another matinee scheduled the next day due to overwhelming response from the public).
On that marriage scene between Junaidah & P Ramlee,it was you-crying-and pengsan some more! that caught my attention.
Keep up the good work and follow your passion!
Oi!
Tabik sis!
Sayang hang tak ada kat sini untuk memeriahkan industri kami kat sini yang sedia suramnya.
Teater ni adalah team work. Mungkin itu kita kena peringatkan pada audien. Macam sukan jugak, main bola sepak misalnya. Top scorer macam mana pun kalau midfielder tak buat kerja, teruk juga pasukan tu.
Anyway tahniah.
Jangan lupa datang tengok show kami yang tak seberapa nanti.
woi makcik.......
mai la nanti............
lama tak jumpa hang........
tempat, masa dan tarikh kat blog aku....
drbubbles: Terima kasih kerana hadir dan menyokong kami. Saya menghargainya. Walau bagaimanapun jangan berasa hampa, insyaAllah PRamlee the Musical akan dipentaskan lagi...jadi tungguuuuuuuu
pegawai khalwat: Thank you Bro...tidak ada yang lebih hebat dari seorang Dewa hehehe ;)Anyway, mungkin buat masa ini rezeki saya di luar Penang, saya masih teringin untuk memeriahkan teater di sana mungkin di masa hadapan. Pasal pementasanmu itu, mana boleh saya tak pergi ;)
jinggo: Aku pasti hadir dengan penuh rasa kegampangan hahaha ;)
yeah yeah tanpa watak sampingan, siapalah watak utama... macam isi dan kuku...
Post a Comment