Assalammualaikum & salam sejahtera. Harap semuanya baik-baik belaka & sihat selalu. Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak ada perkembangan dan info terbaru dari saya. Faham-faham sajalah, buat masa ini saya sibuk sangat dengan pementasan PRAMLEE THE MUSICAL yang mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran ahli baru di dalam keluarga kami iaitu saudara Musly Ramlee. Syukur alhamdulillah, segala pahit getir dan masa yang sentiasa mendahului kami, kami berjaya sehingga ke tahap ini. Buat semua peminat teater di Kuala Lumpr & Singapura, terima kasih di atas sokongan anda yang tidak terperi. InsyaAllah, ada rezeki, ada lagi.
Banyak peristiwa manis yang saya tempuhi sepanjang produksi ini. Antaranya, dapat berjumpa semula dengan keluarga saya dari produksi terdahulu. Antaranya, SEAN GHAZI, MAYA, IZLYN RAMLI, AC MIZAL & AMY. Tetapi detik yang paling manis adalah melihat ibu & bapa saya tersenyum bangga melihat anak mereka perform & sekaligus mengangkat darjat keluarga. Tidak ada yang lebih baik dari doa dan restu mama & papa ;) Seperkara lagi yang istimewa pada saya ialah keakraban yang wujud antara saya dan Atilia. Saya bangga & gembira dapat menjadi adiknya, bukan saja di atas pentas tetapi juga di luar. love you sis ;) Tidak lupa juga buat orang yang paling sabar dan penting di dalam hidup saya, terima kasih di atas sokongan, tunjuk ajar & nasihat u. MAZEMARIZE me always,all the time. love you.
Buat kengkawan, Bila lagi nak singgah ke KL? Tak ada ke yang sudi nak tonton muzikal ni?
9 comments:
Dari Pulau kuhembus rasa
tanda ingatan segar dijiwa
cewah!
tegezoot: ;)
naaakkkk mungkin minggu depan aku p.aku call dulu,k nyah!
Minyak naik.
salam ibu seni;
moga berjaya dan berjaya...
tanda awal satu pengalaman adalah pengorbanan..tanda awal satu kejujuran adalah kesetiaan dan tanda awal satu kepuasan adalah kesedihan...sedih yang menghiburkan..sedih yang menghibakan..sedih yang menyakitkan...
salam perkenalan...
sibuk ke? dah bersawang blog ni aku tengok!
salam kenal.. moga ada kejayaan bt awk..
Post a Comment