Hari ahad baru-baru ni hari yang happy buat aku, sebab kawan baik yang telah lama tak ku dengar cerita menelefonku dan bertanyakan khabar.Alhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka. Tapi ada yang lagi best, haaa selalunya aku cuma tengok diorang buat persembahan kat TV. Tapi ahad yang lepas aku tengok show live. Fuyooo!! Memang meletop! Tak tipu! Siapa lagi kalau buka kengkawan INFINATEZ ku. Tangkap cair aku dengar diaorang nyanyi lagu Gadis Melayu. Rugi pada sesiapa yang tak singgah ke Maju Junction ahad lepas.

Masa majlis tu berlangsung semuanya ok, cuma yang sedikit menjengkelkan aku ialah pengacara majlis ari tu. Ketika dia menjemput kengkawanku untuk buat persembahan.Alamak memang kecewala! Bukan apa, sebutan Infinatez ni kalau diikutkan sebutan inggerisnya kalau mengikut ejaan lebih kurang camni INFINATES,bezanya S ditukarkan kepada Z. Mesti ada sebabkan, itu kena tanya diaorangla. Buknnya sebutan melayu...IN-FI-NA-TEZ( CUBA SEBUT MACAM KITA MENGEJA DALAM BAHASA MELAYU, CAMNA BUNYINYA?Macam tulah pengacara tu menjemput diaorang ke pentas) apabila kita ni bertugas sebagai Dj ker, pembaca berita ker atau pengacara sebutan perlulah betul terutama kalau perkataan bahasa asing ataupun perkataan yang ejaannya pelik-pelik. Kalau tak tau tanyalah...janganlah berat mulut. Bikin diri sendiri malu.



Ish! Macam-macamkan? Bunyinya memangla lawak tapi itula hakikatnya. Oklah cukup-cukupla aku mengomel. Sekarang nak cerita pasal aktiviti aku plak. Sejak aku melibatklan diri dengan REMY, aku dapat merasakan perubahan yang agak ketara. Maksudku, dari segi rohani terutamanya. Bukan apa, aku seolah-olah tertinggal dan tidak mahu mengejar...Susah untuk aku luahkan. Aku rasa, pengembaraan rasa yang sebenar aku tak capai. Itu sebenarnya! Aku jadi malas dan bosan. Kekadang tu aku tak ada pun kat situ!! Entah.. tak tau kenapa?

Yang menjengkelkan aku jugak bila aku rasa status menjadi pilihan didalam sesebuah produksi. Pernah tak korang rasa camtu? Dilayan tak sama dengan orang lain. Penting sangat ke status dan latar belakang seseorang itu untuk diberi layanan yang istimewa sedangkan yang lainnya macam hendak dan tak hendak layan? Hmmm...Aku bukanlah mengharap orang untuk layan aku memanjang tapi ada kalanya kita bersuara dengan niat membantu atau memberi cadangan kita disentapkan dengan ucapan SHUT UP U! Mungkin dia melawak tapi tak kena gaya pada aku. Sentap siot!

Nak buat macam mana? Aku terlibat dalam bidang ni pun dengan izinNya kerana niatku dan minatku yang sangat mendalam. Kelulusan yang aku ada pun dalam bidang teater pengurusan saja yang lainnya, berlakon, menari & menyanyi semuanya aku belajar sendiri. Aku cuba memenuhi prinsipku selalu ; FOKUS, DISIPLIN & TIME MANAGEMENT dan sentisa cuba untuk memenuhi kehendak orang lain, menggembirakan orang lain walaupun diriku sakit atau penat aku tak kisah selagi perkara yang aku buat itu memuaskan hati aku. So, pada yang nak tahu apa-apa pun, janganla takut-takut nak tanya. Selagi termampu dan aku ada ilimu,akan aku kongsi dengan korang k!



Seperkara lagi yang aku taidak boleh terima adala apabila dimarahi dihadapan orang ramai. Perkara ini sering terjadi dalam latihan. Terutama pada yang lewat datang. Dah la lewat, ponteng pulak hari sebelumnya. Hmmm bila datang latihan hari ini, baru nak belajar. Kalu belajar sungguh-sungguh takpe jugak, ini siap buat main-main lagi. Siapa yang tak meletupkan! Tapi, kalau nak marahpun aku lebih suka kalau dia dipanggil dan diberitahu di satu sudut yang orang lain tak dengar. Kesian tau bila kau tengok diaorang kena tengking, dahla kena marah kuat-kuat pastu semua mata tertumpu kat diaorang. Kan tak ada etika namanya tu? Pada aku, soalan-soalan bodoh mahupun perkara-perkara bodoh sentiasa akan berlaku dalam sesebuah produksi. Ada 1001 cara untuk marah dan menyelesaikan masalah...tidak ada yang lebih baik dari bersabar! Tapi, kalu dah dua-dua ketegaq buih, sorry babe tak dapat nak tolong! Suka hati korang la! Yang baik hanya dari Allah... yang buruk daripada aku jua...

4 comments:

jinggo said...

ya betul yang baik datang dari allah......

eeerrrrmmmm.......

Pegawai Khalwat said...

Tak semua orang sama.

Belajar menerima selagi terdaya.

defoo said...

I feel you sis, ur good no worries. Ini semua benda yg kita kena lalui. May one day semua org akan lebih elok ^_^

Natra said...

Jinggo: Tepat sekali!1 eeerrmmmmm

Pegawai khalwat: Itulah yang membuatkan saya masih bertahan sampai ke hari ini!

Defoo: Mudah-mudahan, InsyaAllah :)