Kucar kacir

Melodi yang indah pasti enak didengar sehingga bisa membuat setiap individu menari...tapi pada aku setiap melodi itu hanyalah melodi, yang tidak mampu memberi pengambaraan rasa yang dikehendaki kerana hatiku mati. Aku semakin hari semakin ke belakang dan semakin jauh serta kuat ingin menjauhkan diri dari setiap individu yang rapat denganku. Sukar untuk aku gambarkan perasaan sedih dan kecewaku ini kerana terlalu lama aku memendam rasa ini, rasa yang begitu negatif. Ya Allah, tolonglah! berikan aku kekuatan untuk aku terus habiskan apa yang telah aku mulakankan.

Setiap hari aku merasa kosong dan tidak dapat memberi sepenuhnya kerana aku rasa muak dengan semuanya, terutama sikap sesetengah manusia yang mana mempunyai satu sikap yang sangat aku benci. Satu sikap di mana bila seseorang individu itu sudah tidak ada gunanya, dia tidak dipedulikan atau dicampak sejauh mungkin. Ya! aku akui. Tidak semua perkara itu dapat memuaskan hati kita. Tapi apakah maksudnya jika sehingga satu tahap aku terasa seperti dihina kerana kekurangan aku dan statusku.

Hanya Allah yang lebih mengetahui, betapa aku memerlukan bimbingan dan kasih sayang. Aku tersepit di antara dua perkara yang utama.Setiap hari jiwaku berteriakan. Mahukan kebebasan, tapi tak berdaya kerana setiap yang berlaku adalah kehendakNYA.

Pernah tak terfikir yang wang bukanlah segala-galanya? Sampai bila harus aku menunggu? Aku bukan memaksa!! Cuma aku merasakan yang ini adalah masanya!!!! Ini masanya..............

4 comments:

Pegawai Khalwat said...

Amin!!

defoo said...

When you are weak,
You lost your soul and strength,
Tryin to seek,
Solace of mind and health,
Just turn to your Lord,
There is no other way,
Just lift up your hands,
And say your pray.

Words: Alvin MY
Vocals: Infinatez

jinggo said...

aaammmiiiiinnnnnnnnn........

Natra said...

pegawai khalwat & jinggo: amiiin! InsyaAllah!;)

defoo: you are a true friend. Thank you ;)