Hari ini akan menjadi satu permulaan yang baik buat aku, insyaAllah!! Aku mahu zeqhty yang dulu kembali bertapak, tegak berdiri dan menempis semua anasir negatif yang menganggu! Walaupun sukar, aku rasa aku perlu sedar ruang dan menerima kenyataan yang bukan mudah untuk aku menjadi seperti yang aku mahu. Aku tahu bidang ini banyak cabaran dan aku harus bersusah payah untuk sampai ke tahap ini!!
Setelah sekian lama aku tidak ke Istana Budaya sejak kali terakhir membuat pementasan Puteri Gunung Ledang The musical, tapi hari ini sekali lagi aku akan menjejakkan kaki ke sana bagi persediaan menuju hari pementasan PRAMLEE the musical!! Buat semua kengkawans, bersiap sedia! Perjuangan sebenar baru nak bermula. Masa inilah tekanan sebenar akan terasa sebab semua orang akan mula tertekan dan pasti bahang pementasan terasa dekat sangat. Jangan binbang dan jangan risau. Kita perlu bersatu dan campak jauh-jauh rasa tercabar, rasa untuk menunjuk-nunjuk. PGLM dulu menjadi satu fenomena kerana kami bersatu sebagai sebuah keluarga yang begitu utuh sehinggakan tidak dapat dileraikan sehingga ke hari ini. Pada ketika itu, kami tidak mengira status dan latar belakang. Paling penting , kami ada satu motif dan tujuan, MENJAYAKAN PEMENTASAN. Untuk muzikal kali ini, kita juga akan bersatu!! GO GO CHAIYO!!! Tak sabar plak rasa nak mementaskan muzikal ini. Best!!!
Buat semua peminat muzikal PGL, nanti-nantikan kedatangan Muzikal baru ini. InsyaAllah !!
5 comments:
go go chaiiyoooooooo.......
semoga berjaya kawan ku.......
ya ya aku nak p tengok.
jgn lupa beritahu bila yer . . . sy dKL sntiasa menunggu yg terbaik d istana budaya, walaupun istana budaya ada sms promotion teater pd ogos lepas.... sibuk gilerrr x dpt gi.
go go chaiyo tu bahasa apa?
jinggo: time kasih ;)
butaseni: akan ku nantikan kedatanganmu!! pastikan hadir!
mineral: InsyaAllah saya bagitau. setakat ni kalau tak silap saya, pementasan yang pertama pada 19 oktober 2007. Nantikan perkembangan baru ye!
pegawai khalwat: GO! GO! CHAIYO!ni adalah kata-kata semanggat yang selalu saya pakai!! Pengaruh cerita jepun ;)
Post a Comment