Ramadhan dan cubaan

Alhamdulillah syukur! Pejam celik- pejam celik dah seminggu kita berpuasa..Hehehe itu bagi yang berpuasa dari hari pertama. Bagi aku hari ini baru hari kedua aku berpuasa..haaaa jangan salam faham ye perempuan kan Allah bagi kelebihan sikit ( hari-hari dalam sebulan tu ;) ) tapi aku tak ambil kesempatan tau!!

Ramadhan Al-mubarak bagi aku tahun ini berbeza sekali kerana aku melalui satu pengalaman baru yang amat berbeza. Tahun-tahun yang sebelumnya tidak sesibuk tahun ni. Tahun ni berbeza sebab aku harus melalui hari-hari latihan PRAMLEE THE MUSICAL walaupun berpuasa. Menari macam biasa dan berlakon, menyanyi macam biasa. Memang tercabar..sebab tak biasa. Ye lah! Siapa yang pernah tengok PGL the musical pasti dapat mengagak koreografi yang Pat Ibrahim bagi pada kami. Haaa jangan tak tahu!! Kami menahan penat, lapar dan dahaga! Bukan bersungut tapi rasa bersyukur kerana kami mampu bertahan bersama-sama demi menjayakan matlamat kami yang satu, PRAMLEE THE MUSICAL..

Hmmm......sebenarnya banyak dah dugaan yang Allah bagi kepada kami..buat yang lain kuatkan semangat & bersabar ye!...pesanan ini untuk aku jugak sebab aku dah tak mampu bertahan meneruskan perjuangan ini sebab terpaksa berhadapan dengan sekelompok manusia yang suka berpura-pura. TAK BAIK TAU!! Berdosa tau kalu suka menyusahkan dan menyukarkan hidup orang lain. KUASA dan HARTA yang ada itu pinjaman di dunia jadi gunalah sebaik-baiknya. Tidak mengapa aku menerimanya dengan hati yang terbuka aku redha...aku percaya DIA sayangkan kami dan aku percaya keajaiban boleh berlaku lagi!!

4 comments:

jinggo said...

selamat berpuasa kawan......
waw dato siti belakon ngan hampaaaa.....
hebatttt.......
cam gampang......
hahahahahahaha........
posa jangan tak posa..........

arZOoo said...

akum...hai saje singgah..wah wah wah...g training g...syoknya berlakon...slamat berposa

Butaseni@Wan Raja said...

haaaaaaaaaa aku pun sayang kt hampa hahahah hahahaaha mcm #*&p*^$
raya kalau balik penang contact kami tau

Pegawai Khalwat said...

Tak setel lagi bab tu?